Ilmu logik Ibn Bajjah Ibn_Bajjah

Ibn Bajjah juga telah dikurniakan Allah dengan ilmu logik yang sangat hebat. Ketika beliau membicarakan mengenai ilmu logik akal, beliau berpendapat bahawa sesuatu perkara yang dianggap benar ataupun tidak bergantung kepada sifat keyakinan ataupun sekadar suatu kemungkinan. Justeru beliau menyifatkan, keyakinan ataupun secara tepat sesuatu perkara yang diyakini itu adalah sebenarnya suatu kebenaran dan sesuatu kemungkinan itu boleh menjadi benar ataupun tidak benar. Ini bermakna keyakinan adalah pokok kepada kebenaran, betul pula boleh dikatakan tidak semestinya benar kerana betul itu boleh menjadi salah. Salah dan betul adalah satu kemungkinan.

Ibn Bajjah beranggapan banyak perkara dalam dunia ini tidak dapat dihurai dengan logik, jadi beliau amat gemar untuk terus belajar pelbagai ilmu dengan tujuan supaya ilmu-ilmu itu dapat membantunya dalam memahami serba banyak hal-hal berkaitan dengan metafizik. Sebagai permisalan Ibn Bajjah menggunakan ilmu sains dan fizik bagi menghuraikan persoalan dan permasalahan yang melibatkan benda dan rupa.

Berkaitan